Ya ALLAH....
Ku susuri jalanan penuh duri,
Berliku halangan harus ku tempuhi,
Kerana harapan dan cinta sejati,
Mendakap kasih sayang sejati
Biar semuanya keranamu Ilahi.
Ya ALLAH....
Ku sedari dunia ini misteri,
Terkadang buat langkah terhenti,
Dengan indahnya hiasan duniawi,
Menghadirkan alpa ke sanubari,
Tatkala leka dibuai ilusi,
Hingga lupa amanah Ilahi.
Ya ALLAH...
Hati ini kecewa,
Hati ini derita,
Hati ini sengsara,
Tatkala hadir kasih dan cinta,
Bila menjelma rindu di jiwa,
Terhanyut diri kerana alpa,
Terkaram hati kerana dosa,
Kerana cinta yang bertahta,
Bukan kerana kau yang esa.
Ya ALLAH...
Ku sedari indah kau ciptakan dia,
Ku akui cantik kau hiaskan dia,
Namun ku insafi segalanya,
Hanyalah dugaan insan dunia,
Adakah teguh janji setia,
Antara hamba dan Pencipta.
Ya ALLAH...
Selamatkan hati ini,
Selamatkan jiwa ini,
Agar sentiasa dirahmati,
Agar sentiasa diredhoi,
Di bawah naungan kasih Ilahi,
Agar terbina cinta sejati
Agar lahir cinta abadi,
Agar segalanya kerana Ilahi
No comments:
Post a Comment