Friday, November 23, 2012

Pray For Gaza


Ya Allah Tuhan Pentadbir Alam!
Dikau yang Kami Sembah dan Tempat meminta Pertolongan.
Wahai Tuhan Yang Maha agung!
Engkau yang kami Muliakan dan Engkaulah pelindung kami.

يا الله 
اللهم أنت ربي 

Bantulah Saudara Kami Di Palestin Ya Allah!
Sebagaimana kau menyelamatkan ka'abah dari ancaman tentera gajah!

Bantulah Saudara Kami Di Palestin Ya Allah!
Kau hancurkanlah musuh musuh Islam yang melakukan kezaliman terhadap orang Islam!

Bantulah Saudara kami Di Palestin Ya Allah!
Bangkitkanlah!bukakanlah mata orang Islam supaya mereka dapat memberikan pertolongan kepada saudara Islam yang berada di Palestin sana.

أمين  يا الله 

Friday, October 19, 2012

ANA UHIBBUKI FILLAH


Mula mula kawan,pastu sahabat,dalam diam diam,kami saling menyukai,aku suka melihat sifat lemah lembutnya,walaupun dia tidak bertudung labuh,tetapi dalam dirinya sentiasa mempunyai keinginan untuk mempelajari ilmu agama.Dia pernah berkata kepada ku,kalau boleh dia mahu aku membimbingnya.Ya Allah,aku terkejut mendengar pernyataannya,tapi dia pernah kata,dia hanya mahukan cinta selepas kahwin.aku bersyukur mempunyai rakan seperti dia.Aku lebih gembira jika aku dijodohkan dengan dia.Setiap hari aku tidak jemu berdoa,supaya aku dijodohkan dengan si Dia,aku mahu membimbingnya.tetapi aku harus mengubah diri aku dahulu.Aku harus mempelajari ilmu ilmu keagamaan dengan lebih mendalam,supaya aku dapat membimbingnya dengan lebih baik.Kepada si dia,
ANA UHIBBUKI FILLAH :)

Saturday, October 13, 2012

Tawaran ke Maahad Buuth MEsir

Alhamdulillah,Pada 12 oktober 2012,pada pukul 11 malam,telah berlangsungnya temuduga dan ujian untuk ke Akademi Huffaz Mesir.Memang berdebar rasanya.Berdegup kuat jantung ku.Aku ciba menenangkan diri dengan zikir zikir.Dan Berlangsungnya Ujian Bertulis yang mengambil masa 15 minit.Setelah selesai,Aku mengisi borang.Selepas itu,Pengetua AHM menyemak kertas ujianku,sejujurnya aku fail ujian itu.tapi  Pengetua nampak kesungguhan ku apabila aku bercakap mengenai impian dan cita cita aku.Alhamdulillah,Aku diterima,surat tawaran akan dihantar kepadaku,Semoga Allah permudahkan urusan ku..Amin....

Sunday, October 7, 2012


Alhamdulillah,Sekarang ini Ana sedang membuat permohonan ke SM Agama Persekutuan Kajang,di mana ia menjadi sekolah impian ana.Di sana,ana harap,ana dapat belajar lebih lagi tentang ilmu agama,dan memantapkan ilmu ilmu yang lain juga.Semoga Allah memakbulkan impian ana untuk ke sini.Amin........

Perjuangan Seorang Pelajar

Assalammualaikum dan Salam Alaik kepada Rakan rakan dan Sahabat Handai Di luar Sana..

Beberapa hari sahaja lagi saya akan menghadapi ujian yang menentukan Aliran apa yang akan saya duduki di Tingkatan 4.sepanjang 2 tahun 9 Bulan diri ini berjuang berhempas pulas menuntut ilmu.Rasa Gentar,rasa takut tetap ada.Tetapi diri ini terpaksa menerima hakikat bahawa PMR hanya 2 hari sahaja lagi.Saya ucapkan kepada rakan rakan saya semoga berjaya dan memperoleh najjah dalam Ujian ini.Insya Allah :)
ASSALAMMUALAIKUM

Friday, October 5, 2012

bisikan hati seorang mujahid

Ya ALLAH....
Ku susuri jalanan penuh duri,
Berliku halangan harus ku tempuhi,
Kerana harapan dan cinta sejati,
Mendakap kasih sayang sejati
Biar semuanya keranamu Ilahi.

Ya ALLAH....
Ku sedari dunia ini misteri,
Terkadang buat langkah terhenti,
Dengan indahnya hiasan duniawi,
Menghadirkan alpa ke sanubari,
Tatkala leka dibuai ilusi,
Hingga lupa amanah Ilahi.

Ya ALLAH...
Hati ini kecewa,
Hati ini derita,
Hati ini sengsara,
Tatkala hadir kasih dan cinta,
Bila menjelma rindu di jiwa,
Terhanyut diri kerana alpa,
Terkaram hati kerana dosa,
Kerana cinta yang bertahta,
Bukan kerana kau yang esa.

Ya ALLAH...
Ku sedari indah kau ciptakan dia,
Ku akui cantik kau hiaskan dia,
Namun ku insafi segalanya,
Hanyalah dugaan insan dunia,
Adakah teguh janji setia,
Antara hamba dan Pencipta.


Ya ALLAH...
Selamatkan hati ini,
Selamatkan jiwa ini,
Agar sentiasa dirahmati,
Agar sentiasa diredhoi,
Di bawah naungan kasih Ilahi,
Agar terbina cinta sejati
Agar lahir cinta abadi,
Agar segalanya kerana Ilahi